Logo Sekolah



TAFSIRAN WARNA-WARNA PADA LENCANA SEKOLAH


MERAH
Ó  Lambang pelajar yang berani menghadapi cabaran. Ia membawa maksud  bahawa keberanian adalah senjata penting untuk menghadapi segala        cabaran dan rintangan hidup. Pelajar juga mesti berani tampil ke depan untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai  keyakinan diri yang tinggi.

                  PUTIH
Ó  Melambangkan kesucian serta kebersihan. Ia bermaksud para pelajar mesti mengutamakan  kesucian dan kebersihan dalam segenap aspek kehidupan.

                 KUNING
Ó  Lambang warna Diraja Jembal. Ia membawa erti bahawa para pelajar yang dihasilkan nanti merupakan individu yang taat kepada raja dan negara mereka.

           HIJAU
Ó  Lambang Kedaulatan Islam

TAFSIRAN LAMBANG LENCANA SEKOLAH

BULAN DAN BINTANG                         

Ó  Lambang Keagungan Islam


           SEPARUH BULATAN BERSEGI

Ó  Pembentukan Minda Yang Berteknologi. Ia juga membawa maksud bahawa Sek. Men. Keb Raja Sakti bersedia untuk memberi kemahiran teknologi kepada para  pelajarnya.

                       BUKU                                                                                    

Ó  Melambangkan bahawa buku adalah wahana penting untuk menimba ilmu pengetahuan

          BULATAN BERTAUT 
                                              
Ó  Kerjasama Dan Perpaduan. Ia juga membawa  maksud tekad serta semangat yang  tinggi para pelajar untuk datang ke sekolah, belajar dan menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin sebagai bekalan untuk memajukan diri bagi  menghadapi masa depan mereka.

            KERIS                                                                          

Ó  Warisan Raja Jembal